• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk

Terima kasih Para Pewakaf. Amanah Anda Telah Ditunaikan, Ummah Terus Diperkasakan

Dana Manfaat Wakaf Saraan Negeri Perak berjumlah RM527,348.90 telah disalurkan kepada 188 penerima, meliputi Masjid, Surau, Kubur dan Sekolah Agama Rakyat bagi tempoh Mei hingga Jun 2025.

Setiap sen yang diwakafkan menjadi amal jariah yang terus mengalir, walau jasad telah pergi, pahala tetap abadi.

📢 Moh kome kita berwakaf!

Imbas kod QR & salurkan wakaf anda hari ini.


Al-Fatihah

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada seluruh keluarga Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Shahbandar Paduka Indera, Dato’ Ahmad Raziff bin Dato’ Seri Mohammed Zulkifli, DPMP, AMP (Orang Besar Lapan), merangkap Orang Besar Jajahan Kerian, yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi 28 Julai 2025 di kediaman rasmi Orang Besar Jajahan Kerian, Parit Buntar.

Allahyarham merupakan mantan Ahli Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) yang banyak menyumbang pemikiran, tenaga dan khidmat bakti dalam memperkasa institusi agama dan adat di negeri Perak.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.

Al-Fatihah


SEHARUM KASTURI ANGKAT WARISAN BUDAYA & EKONOMI TEMPATAN KUALA KURAU

KUALA KURAU, 26 Julai 2025 – Program Seharum Kasturi: Singgahsana Budaya Kuala Kurau 1827 yang berlangsung hari ini telah menghimpunkan pelbagai elemen sejarah, budaya dan pembangunan ekonomi dalam satu acara yang penuh bererti di Kuala Kurau, Perak.

Mengangkat nilai warisan seperti yang digariskan dalam Akta Benda Purba 1976, program ini dimulakan dengan lawatan bersejarah ke Masjid Batu Kuala Kurau 1884 oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), YABhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Annuar bin Zaini. Lawatan ini mengangkat sejarah pembinaan Masjid Batu berkonsepkan Ibrahim Saab hasil arahan Maharaj Kadhi pada era silam, sekaligus memperkukuh nilai warisan Islam di negeri Perak.

Majlis diteruskan dengan perasmian Kilang Beras Yop Zainan Sdn. Bhd. oleh Yang Dipertua MAIPk. Inisiatif ini dilihat sebagai usaha menyokong pertumbuhan ekonomi setempat melalui pengukuhan sektor pertanian.

Antara pengisian menarik program termasuk taklimat sejarah Kuala Kurau dan Perak 1528, pameran Motorhome RV untuk Kerajaan Malaysia, serta pameran berkaitan asas kemerdekaan 1957 oleh Tan Sri Mubin Shepard dari Kuala Kurau (Persatuan Sejarah Malaysia).

Penganjuran program ini memperkukuh usaha memartabatkan warisan budaya setempat, selain menjadi platform sinergi antara sejarah, komuniti dan pembangunan ekonomi. Ia sekali gus mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam menyemarakkan nilai sejarah dan jati diri bangsa.





TEMUDUGA TERBUKA TVET MAIPk KINI DI LOKASI ANDA!

Anda berumur 18–35 tahun dan berminat dalam bidang kemahiran? Inilah peluang keemasan anda!
Tarikh: 4 Ogos 2025 (8.30 pagi – 12.00 tengah hari)
Lokasi Temuduga: Semua pejabat MAIPk daerah

𝐓𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬:
🔧Steel Structure (1 bulan)
🚜 Mobile Crane (2 bulan)
🏗️ Tower Crane (2 bulan)
🦺 Occupational Safety and Health (1 bulan)

𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧:
✅ Elaun bulanan RM500
✅ Elaun mula kerja RM700
✅ Makan minum & asrama disediakan
✅ Jaminan pekerjaan

𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭:
▪️ Warganegara beragama Islam
▪️ Bermastautin di Perak
▪️ Keutamaan kepada asnaf
▪️ 18–35 tahun

Maklumat lanjut:
📍 Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara
📲 En. Kamal: 010-5755567 | En. Shahrin: 017-5697256 | Cik Salehah: 012-4979032
Hebahkan kepada sahabat, keluarga dan komuniti anda!

video : TEMUDUGA TERBUKA TVET MAIPk

Pelajar Tajaan MAIPk Terima Sijil Program Asasi Sains Perubatan UniKL (RCMP)

Meru, 25 Julai 2025 – Seramai 9 pelajar tajaan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah diraikan dalam Majlis Penghargaan & Penyampaian Sijil Program Asasi Sains Perubatan Sesi 2024/2025 anjuran Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP), yang diadakan di Hotel Casuarina, Meru.

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden (Akademik & Teknologi) UniKL, Prof. Dr. Kushsairy bin Abdul Kadir. Turut hadir, Ketua Eksekutif merangkap Ketua Kampus UniKL RCMP, Hisshamuddin bin Omar, serta wakil MAIPk, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Suhaimi bin Yusoff.

Kesemua pelajar ini telah berjaya menamatkan Program Asasi Sains Perubatan selama setahun dengan jumlah keseluruhan tajaan sebanyak RM192,930.00, yang dibiayai sepenuhnya menggunakan dana zakat melalui Skim Bantuan Dermasiswa Profesional Zakat MAIPk.

Inisiatif ini membuktikan komitmen MAIPk dalam memperkasa pendidikan anak-anak asnaf melalui agihan zakat secara strategik, bagi membuka peluang ke arah masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar atas pencapaian ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk melangkah lebih jauh dalam bidang perubatan, sekali gus menyumbang kembali kepada masyarakat dan ummah.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.